Monday, May 17, 2010

Peringatan Yang Entah Keberapa Kali

Ada betulnya orang kata gagal merancang adalah merancang untuk gagal.
Aku sedang merasainya.
Aku tak tahu la bila perasaan ni akan hilang.
Takut. Bimbang. Risau.
Bercampur aduk.
Gelisah dibuatnya.

Silap aku jugak semua ni.
Mungkin ni adalah ujian dari-Nya.
Supaya aku sedar yang aku ni dah jauh terpesong.
Dari apa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab aku.

Nasib baiklah ada kawan-kawan.
Yang sentiasa bagi semangat dan nasihat.
Terima kasih semua.
Korang memang terbaik.

Tuesday, May 4, 2010

Peringatan II

Lebih baik menyesal dan berubah sebelum terlambat.
Kalau menyesal tapi tak berubah pun takde maknanya.

Walaupun bagi aku bukan senang nak berubah.
Tapi tak mustahil.

Paling kurang pun untuk setahun lagi.
Dengan konsisten, tanpa gagal.

Moga-moga segala urusan selepas ini dipermudahkan-Nya...

Tuesday, March 9, 2010

Reflections

I try to react normal and be sane. Like nothing irritating and annoying happen. Like everything is fine.

I know it is not going to be easy. But I'll try to get through it.

Sunday, March 7, 2010

Panggilan Laut China Selatan

Tiba-tiba rasa nak beli kapal layar la pulak...
Macam best je kalau ada sebuah.
Rumah aku dah la dekat dengan pantai.
Jadi tak mustahil sangat la kalau nak berlayar dengan kapal layar sendiri.
Hujung minggu boleh buat trip pergi Pulau Tenggol.
Pergi dengan family atau ajak geng.
Haha..Pulau belakang rumah pun jadi la.

Aku ingatkan macam mahal sangat kos dia mula-mula.
Check kat Internet terus ada model yang aku berkenan.
Ada enjin dan juga layar.
Nak adventure sikit pakai layar. Jimat minyak.
Kelajuan bergantung kepada angin.
Aku berminat kat kapal layar ni - MacGregor 26

Tapi duit takde lagi.
Apatah lagi masa untuk layan minat yang baru bercambah ni.
Dan banyak lagi benda yang aku nak buat tapi tak kesampaian lagi setakat ni.

Friday, February 26, 2010

Some random thoughts

Reclaiming those memories
brings us to the past
of what we've thought
of what we've done
it's just a simple little effort
that calms the heavy grey clouds in us
those clouds that make us smile
and sometimes soak our hearts
remembering our past
bringing back those memories
of both bitter and sweet
of both evil and good

A time traveller
sailing to the sea of the past
reminiscing, recollecting
every lost piece of the forgotten
that floats freely in his way
for the good of the next
from here to eternity.

Friday, January 8, 2010

Aku suka sajak ini

Puisi ini dipetik dari ruangan Sastera Budaya dalam akhbar Mingguan Malaysia yang bertarikh 27 Disember 2009.

AROMA

Ketika kau melalui lorong ini
kau akan tercium aroma yang
tak mungkin dapat kau lupakan
ia bukan aroma bunga-bunga
yang selalu kau petik untuk
menjadi dandan sanggulmu
bukan juga aroma adunan
kuih yang dibakar di dapur
ibumu; berbau manis rangup
bukan juga aroma yang melekat
di cawan tehmu ketika kau hirup
lazatnya rasa daun teh yang harum
dan tentunya bukan aroma
dari wewangian tubuhmu
yang menggoda setiap kekasih
untuk menyatakan cinta kasih
yang sentiasa merekah seperti delima
ia aroma manis yang adakalanya
kita cium dari kubur-kubur
yang berbau kemboja
malaikat-malaikat yang berbau syurga
kemenyan talkin di batu-batu nisan
kau tentunya mengatakan ia aroma kuburan
tetapi aku mengatakan ia aroma cinta
lewat lorong sunyi yang tidak kita kenal
ia aroma yang mengiringi
perjalanan kita
di pasir batu laut dan lumpur
kau mengatakan ia aroma selut
tetapi aku tetap mengatakannya
aroma cinta; yang manis di kuburan kita.

S.M. Zakir
Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tuesday, January 5, 2010

Peringatan

Dah lama tak update blog.
Tak tahu la kenapa.
Mungkin start tulis diari la pulak lepas ni.
Lama tak tulis diari.
Last time tulis masa 2006-2008.
2009 tak ada diari.

...........................................................

Sekarang dah 2010.
Rasa sekejap betul 2009.
Apa-apa pun, harap yang terbaik untuk 2010.
Untuk kita semua.
Insya-Allah...