Monday, September 12, 2011

paranoia

paranoia semalam,

menjelikkan

mengukur kata, membuka rahsia

hakikatnya

tenggelam dalam terang

jatuh lemas dan sesak,

mati jauh ke dasar jurang.

Sunday, September 11, 2011

Maafkan Aku, Laut

Maafkan aku
laut, pantai dan pohon-pohon
aku lama tak ke sini
menemuimu,
sahabat yang sering menenangkan,
menasihati aku tentang
kebodohan manusia,
kesibukannya
atau ketidakmanusiaannya.

Tiap kali aku pulang ke sini
kau masih terdiri,
tetap,
sedia menerimaku
tanpa merajuk
atau bertukar
menjadi bosan.

Maafkan aku
laut, pantai dan pohon-pohon,
kerana tidak menghormati guru
yang mengajar aku tentang rentak-rentak
hidup, keluasan alam
dan merendahkan diriku
jadi sekecilmu.

Sekarang aku disini,
ajarlah aku lagi
isi pengetahuan
di ombak, pasir atau daun-daunmu.

Muhammad Haji Salleh
1977