Baiklah para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Sekarang saya ingin meneruskan perbincangan kita pada hari ini dengan satu persoalan yang cukup panas saya kira dalam dunia penulisan. Ia bukanlah sesuatu perkara yang baru, tetapi ia cukup menarik untuk kita nilaikan dan beri perhatian yang sewajarnya. Lewat ini, lambakan karya memenuhi dunia para pembaca tegar - sama ada dalam bentuk penulisan penerbitan ataupun penulisan maya. Apa yang saya ingin fokuskan dalam diskusi hari ini adalah semestinya penulisan maya, kerana semua orang boleh menghasilkannya bukan? Jadi tanpa bertangguh lagi, saya persilakan tetamu jemputan kita yang pertama pada hari ni, Encik Faris Salman untuk membentangkan tajuk beliau. Dipersilakan.
"Garis pemisahan yang jelas dalam sesebuah karya maya: Antara kejujuran berkarya dan perhatian dunia pembaca."
2 comments:
ermm...
kreatif tul post ni..:P
by the way, i will definitely choose kejujuran berkarya..
bila jujur, karya tu brings more satisfaction to the writer and definitely to others..well it shows..:)
anything that comes from the heart alwys true and better...
:)
Post a Comment