Saturday, August 29, 2009

Alhamdulillah...

Keputusan peperiksaan akhir telah pun diumumkan.
Sebenarnya ia bukanlah keputusan pun.
Hanya senarai nombor matriks.
Yang menandakan sama ada gagal ataupun lulusnya seseorang itu dalam subjek tertentu.

Alhamdulillah, saya mendapat keputusan yang saya harapkan.
Begitu juga dengan kebanyakan kawan-kawan saya yang lain.
Namun, tidak semua yang diharapkan berlaku.
Itulah ketentuanNya.
Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Mungkin Tuhan mahu menguji.

.....................................................................................

Carilah pengajaran disebaliknya.
Jika kita merasakan dugaan yang kita alami itu terlalu besar dan berat untuk ditanggung, ingatlah bahawa terdapat lagi manusia lain yang dugaannya jauh lagi besar.

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286)

Gagal bukanlah bererti penamat.
Berusahalah sementara masa masih ada.
Manfaatkan masa dengan berkualiti.
Lipat gandakan usaha anda.
Dan berserahlah kepadaNya.
Tidak kira waktu.
Susah atau senang.
Dan mohonlah dari Allah.
Insya-Allah apa yang dihajatkan diperkenankanNya.
Mudah-mudahan.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)

Sekian. Wassalam.

Thursday, August 27, 2009

Hari penuh kecuakan

Salam.
Sekarang baru je lepas sahur.
Tunggu Subuh jap baru tidur.

Hari ni memang penuh dengan kecuakan.
Sebenarnya dah lame dah cuak ni.
Sejak lepas habis paper theory lagi.
Tadi keluar list untuk viva.
Nama takde dalam tu.
Jadi bertambah cuak la rasanya.
Sama ada lulus atau gagal.

Sekarang mood excited nak balik dah macam takde.
Bukan tak nak balik tapi sebab cuak ni la.
Balik nak beraya tapi nampak gayanya kena study lagi balik ni.
Oohh..

Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Jadi redha je la dengan apa keputusan sekalipun.
Tawakkal je la.

................................................

Tadi baru je dapat tahu kena pindah rumah hari Jumaat ni jugak.
Baru je nak rehat-rehat lepas exam.
Tapi dah kena pindah la pulak.
Nak berkemas lagi.
Nak settlekan rumah baru lagi.
Nak kemas barang untuk balik.
Nak terima result seadanya lagi.
Banyak betul benda nak dihadapi dan diselesaikan.

Harap-harap semuanya berjalan dengan baik.
Insya-Allah.

Thursday, August 20, 2009

Sometimes, pain is good

I got a headache and it lasted for about 17 hours.
I didn't take a single pill because I didn't have any.
The time was nearly 4 am.
And I was left struggling to sleep.
I woke up late in the afternoon, and the pain was still there.

I didn't know what to do.
I wanted to have a glimpse on unsettled matters.
The practical exams are yet to come.
But with this pain still inside my head, I'm not sure of what to do.

This gap time between theory and practical exams are enjoyed by many.
I once felt like to.
But when the theory exams were not easy, there is nothing should be enjoyed.
The mood to have a little relaxation is gone.
Yes, I know life is not simple.
Nothing is easy today.
And nothing is cheap.
I have to pay a high price for what I've done.

Tawakkal is the best way though.
Allah knows best.
And that makes me feel better.

Friday, August 14, 2009

Favourite-to-be

Mountaineering and sailing are two of the adventures that I've always been dreaming of.
Not in sleep of course.
But in real life.

I do hope that someday I will have enough money and time to do those things.
I know that I am not alone in this kind of thing.
I plan to ascend Mt. Kinabalu.
As said, it's just a plan.
A plain stupid plan.
I do not have time.
Maybe I have the money.
But money alone is not enough.
I can't even buy a precious second.

I need time.
I do not know when.
As I said in my previous post (last month's), I simply turned down my friend's offer.
An offer to the highest summit in Southeast Asia.
And how could I cope with that?
I just don't know.

The idea to go there came up since 2003.
After my first mountain climbing expedition.
And I don't how many years more should I wait before my next second ascend.

The same goes with sailing.
I live near the sea.
To be more specific, South China Sea.
I don't remember the last time I had my sea bathing there.
Maybe 6 or 7 years ago.
I don't know why.
The beach is very near.
In fact, just less than 200 meters from home.
Yet, this thing happens.

I don't know why I post this kind of things anyway.
Maybe I'm bored.
Or maybe too obsessed.
Or maybe just missing home.

Saturday, August 8, 2009

Kahwin

Owh, tadi cakap nak tido tapi buat entri baru pulak.
Hmm, takpe la. Suka hati aku la kan.

Tadi aku ada baca satu blog ni..
Blog tu sebenarnya blog adik kawan aku.
Dia cakap pasal kahwin.
Dia ni asyik fikir pasal nak kahwin je.
Umur baru 20.
Hish.

Tapi dia takdela terdesak nak kahwin.
Cuma aku rasa awal lagi la kalau nak kahwin.
Tapi kalau parents dia bagi, terpulangla kan.
Calon pun dah ada.

Jiran aku kahwin umur 22. Perempuan.
Aku ingat lagi aku selalu main dengan dia masa sekolah rendah dulu.
Tapi bila dah habis sekolah ni, nak tegur pun segan2.
Dia baru je kahwin. Bulan Jun baru ni.
Tak sangka betul aku.

Ada sorang budak sekolah menengah aku dah kahwin.
Budak perempuan. Siap ada anak lagi.
Pastu baru2 ni ada classmate aku bertunang.
Perempuan gak.
Dia ni sekelas dengan aku dari Darjah 1 sampai la Form 5.

Aku pun tumpang la gembira kawan2 aku dah jadi orang dewasa dah.
Dah jadi suami dengan isteri orang.
Dah ada tanggungjawab baru.
Budak perempuan ni suka ar nak kahwin awal2.
Bagus la.

Aku pulak kalau fikir pasal kahwin..
Entahla..
Belum masa lagi.
Banyak lagi komitmen lain.
Aku rasa macam budak sekolah lagi je.
Memang budak sekolah pun.
International Medical School.
Tak puas lagi nak main2. Heh.
Calon pun takde nak kahwin macam mane?
Sebenarnye calon dah jumpa.
Tapi sayangnya, impian tak tercapai.
Ada pulak halangannya.
At least now.

Jadilah aku still single and happy...
And I'm proud with it...

Entri ini tiada tajuk

Oh yeah..
Exam lagi 2 hari tapi aku masih main-main.
Final exam weh..
Cuak seyh..

Dalam orang lain duk sibuk2 study, sempat lagi aku layan band thrash metal ni..

~Cromok

Banyak jugak la aku download lagu dia.
Berbelas-belas lagu. Tu pun dari album kompilasi.
Aku sure korang memang takkan dengar nye lagu2 macam ni.
Korang tak sanggup nak dengar.
Lain la kalau korang layan metal.
Band ni pun ramai yang tak tahu.
Sebab band ni dah macam tak wujud lagi dah.

Band lain yang tiba2 je aku minat adalah Iron Maiden.
Iron Maiden ni band heavy metal Britain.
Aku dah download semua album dia.
Hampir semua kot.
22 album. Studio dan live.
Dari tahun 1980 sampai 2003.
Oh ade satu lagi tak download.
Tahun 2006.

.....................................................................

Ok la, nak tido.
Bye.

Monday, August 3, 2009

Exam & Balik Kampung

Exam dah dekat..
Ni yang aku suka ni..
Pasal cuti pun dah dekat..
Hehehe..

Tak sabar weh nak balik kampung..
Berpuasa kat kampung..
Pastu beraya sakan..
Wohoo..!!!

Ala..tak boleh la nak buat salam perantauan..
Hahaha:)

Saturday, August 1, 2009

Hari Kebangsaan dan Bulan Puasa

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke-52.
Long Live Sacred Malaysia!

Jadi tahun ni adalah tahun pertama aku dan kawan2 aku tak dapat menyambut Hari Kebangsaan di tanah air sendiri.
Rasa macam terharu la pulak.
Semangat patriotik tiba2 je datang.
Bagi sape2 yang berjiwa patriotik la.

Ada orang tak kisah pun. Tak ambil tahu pun.
Diorang rasa tak ade kena-mengena dengan diorang.
Sebab diorang tak rasa kesusahan hidup zaman penjajah.
Aku pun tak rasa. Mak ayah aku pun tak sempat rasa.
Tapi sekurang-kurangnya kita dapat ambil iktibar.
Kan kita belajar subjek Sejarah.
Tak tahula kalau korang tidur masa cikgu mengajar.

Dekat tempat aku ada beberapa kesan peninggalan penjajah.
Paling aku ingat adalah tiang jeti kat tengah Laut China Selatan.
Pastu ada la beberapa lagi tiang2 konkrit dekat pantai.

Dekat dengan rumah nenek aku ada satu terowong.
Terowong kereta api zaman British.
Sekarang dah diturap dengan tar.
Orang panggil Bukit Tebuk.
Terowong tu fungsinya sebagai laluan kereta api dari Bukit Besi ke Jeti Pantai Teluk Lipat.
Bawa bijih besi.

Sekarang kawasan jeti dekat pantai tu dah jadi taman rekreasi.
Satu perkara yang menariknya, tanah kat kat situ warna dia macam warna besi berkarat.
Pastu ada banyak batu2 kecil macam besi. Aku rasa tu memang besi pun.
Sampai macam tu sekali kesan dia.

Ok la, sebenarnya ada banyak lagi benda menarik yang aku nak bagitau.
Tapi ada banyak lagi kerja lain.
Jadi sampai setakat ni je la.

............................................................................

Tapi apa yang lebih pentingnya adalah kita akan menyambut kedatangan Ramadhan.
Bulan puasa memang best.
Korang pun tahu kan.

*1 Ramadhan 1430H dijangka akan jatuh pada 22 Ogos 2009.
Manakala 1 Syawal 1430H pula dijangka akan jatuh pada 20 September 2009.

Sumber dipetik dari Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, JAKIM.
*Tertakluk kepada perubahan.

Wassalam.

Pre-Barber Shop

Sayang la nak potong rambut.

Dah 2 bulan lebih simpan.

Tapi kena potong jugak.

Sebab kadang2 rasa rimas.

Lebih2 lagi masa nak tidur.

Tak tahu la macam mana perempuan boleh simpan rambut panjang-panjang.

Tak rimas ke..?

Mungkin dah biasa kot.