Saturday, August 1, 2009

Hari Kebangsaan dan Bulan Puasa

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke-52.
Long Live Sacred Malaysia!

Jadi tahun ni adalah tahun pertama aku dan kawan2 aku tak dapat menyambut Hari Kebangsaan di tanah air sendiri.
Rasa macam terharu la pulak.
Semangat patriotik tiba2 je datang.
Bagi sape2 yang berjiwa patriotik la.

Ada orang tak kisah pun. Tak ambil tahu pun.
Diorang rasa tak ade kena-mengena dengan diorang.
Sebab diorang tak rasa kesusahan hidup zaman penjajah.
Aku pun tak rasa. Mak ayah aku pun tak sempat rasa.
Tapi sekurang-kurangnya kita dapat ambil iktibar.
Kan kita belajar subjek Sejarah.
Tak tahula kalau korang tidur masa cikgu mengajar.

Dekat tempat aku ada beberapa kesan peninggalan penjajah.
Paling aku ingat adalah tiang jeti kat tengah Laut China Selatan.
Pastu ada la beberapa lagi tiang2 konkrit dekat pantai.

Dekat dengan rumah nenek aku ada satu terowong.
Terowong kereta api zaman British.
Sekarang dah diturap dengan tar.
Orang panggil Bukit Tebuk.
Terowong tu fungsinya sebagai laluan kereta api dari Bukit Besi ke Jeti Pantai Teluk Lipat.
Bawa bijih besi.

Sekarang kawasan jeti dekat pantai tu dah jadi taman rekreasi.
Satu perkara yang menariknya, tanah kat kat situ warna dia macam warna besi berkarat.
Pastu ada banyak batu2 kecil macam besi. Aku rasa tu memang besi pun.
Sampai macam tu sekali kesan dia.

Ok la, sebenarnya ada banyak lagi benda menarik yang aku nak bagitau.
Tapi ada banyak lagi kerja lain.
Jadi sampai setakat ni je la.

............................................................................

Tapi apa yang lebih pentingnya adalah kita akan menyambut kedatangan Ramadhan.
Bulan puasa memang best.
Korang pun tahu kan.

*1 Ramadhan 1430H dijangka akan jatuh pada 22 Ogos 2009.
Manakala 1 Syawal 1430H pula dijangka akan jatuh pada 20 September 2009.

Sumber dipetik dari Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, JAKIM.
*Tertakluk kepada perubahan.

Wassalam.

No comments: