Keputusan peperiksaan akhir telah pun diumumkan.
Sebenarnya ia bukanlah keputusan pun.
Hanya senarai nombor matriks.
Yang menandakan sama ada gagal ataupun lulusnya seseorang itu dalam subjek tertentu.
Alhamdulillah, saya mendapat keputusan yang saya harapkan.
Begitu juga dengan kebanyakan kawan-kawan saya yang lain.
Namun, tidak semua yang diharapkan berlaku.
Itulah ketentuanNya.
Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Mungkin Tuhan mahu menguji.
.....................................................................................
Carilah pengajaran disebaliknya.
Jika kita merasakan dugaan yang kita alami itu terlalu besar dan berat untuk ditanggung, ingatlah bahawa terdapat lagi manusia lain yang dugaannya jauh lagi besar.
"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286)
Gagal bukanlah bererti penamat.
Berusahalah sementara masa masih ada.
Manfaatkan masa dengan berkualiti.
Lipat gandakan usaha anda.
Dan berserahlah kepadaNya.
Tidak kira waktu.
Susah atau senang.
Dan mohonlah dari Allah.
Insya-Allah apa yang dihajatkan diperkenankanNya.
Mudah-mudahan.
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)
Sekian. Wassalam.
Saturday, August 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ALhamdulillah~
Dia emmberi yang terbaik untuk kita
Post a Comment