Thursday, August 27, 2009

Hari penuh kecuakan

Salam.
Sekarang baru je lepas sahur.
Tunggu Subuh jap baru tidur.

Hari ni memang penuh dengan kecuakan.
Sebenarnya dah lame dah cuak ni.
Sejak lepas habis paper theory lagi.
Tadi keluar list untuk viva.
Nama takde dalam tu.
Jadi bertambah cuak la rasanya.
Sama ada lulus atau gagal.

Sekarang mood excited nak balik dah macam takde.
Bukan tak nak balik tapi sebab cuak ni la.
Balik nak beraya tapi nampak gayanya kena study lagi balik ni.
Oohh..

Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Jadi redha je la dengan apa keputusan sekalipun.
Tawakkal je la.

................................................

Tadi baru je dapat tahu kena pindah rumah hari Jumaat ni jugak.
Baru je nak rehat-rehat lepas exam.
Tapi dah kena pindah la pulak.
Nak berkemas lagi.
Nak settlekan rumah baru lagi.
Nak kemas barang untuk balik.
Nak terima result seadanya lagi.
Banyak betul benda nak dihadapi dan diselesaikan.

Harap-harap semuanya berjalan dengan baik.
Insya-Allah.

No comments: